Friday 14 March 2014

Kehilangan Pesawat MH370 sudah dinubuatkan?

Berikutan kehilangan pesawat MAS MH370 yang berlaku pada subuh 08.03.2014 bersamaan hari sabtu timbul banyak spekulasi mengenai punca kehilangan pesawat tersebut antaranya:

- Kegagalan  mekanikal pada kapal terbang berikutan tiada seberang penemuan bahagian kapal/kemungkinan terjunam ke dalam laut.

- Rampasan pesawat/ dikaitkan dengan dua individu yang menggunakan passport palsu. Radar menujukkan pesawat cuba berpatah balik ke Kuala Lumpur  mungkin diarahkan oleh perampas untuk tukar haluan.

- Kesilapan juruterbang walaupun tidak ada petunjuk yang dapat membuktikan ianya berlaku.

- Disembunyikan oleh makhluk halus seperti yang dikatakan oleh bomoh.



Mengenai spekulasi-spekulasi diatas ianya adalah berdasarkan analisis semasa yang diperolehi dengan maklumat-maklumat yang ada dan ianya belum disahihan oleh kerajaan Malaysia sendiri.

Walabagaimanapun satu hal yang sangat menarik ialah bahawa kehilangan pesawat seperti yang berlaku kepada MH370 pernah diperkatakan oleh seorang hamba tuhan didalam sebuah gereja pada 28 Julai 2013 yang lalu.  

T.B Joshua seorang ahli gereja dari Nigeria pada masa itu mengatakan bahawa akan berlaku insiden kehilangan pesawat yang mempunyai penumpang lebih daripada 200 orang dan ianya akan terjadi di negara Asia. Hal ini seakan-akan menggambarkan bahawa apa yang diperkatakan itu adalah seperti apa yang menimpa pesawat MH370. 

Tanpa menimbulkan apa-apa spekluasi lagi video tersebut anda boleh tonton dibawah dan terpulang kepada anda untuk menilai video tersebut.


Sekian sahaja perkongsian dari saya untuk direnungkan bersama. Terima kasih.